Suatu hari, dalam sebuah bank ternama, duit seringgit bertemu dengan duit lima puluh ringgit. Duit seringgit pun bertanya, “Oii.. lama tak nampak, mana engkau pergi?”

Duit lima puluh ringgit pun menjawab, “Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola, naik Star Cruise, pergi Kota Kinabalu naik Air Asia, lepak One Utama, tengok konsert AF, Malaysian Idol, pergi Genting, main boling… tempat-tempat macam tulah. Eh, engkau macam mana pulak?”

Duit seringgit menjawab perlahan, “Hmm…biasalah… balik-balik tempat sama… surau, masjid, surau…”