WIKIPEDIA     : Aku hebat. Orang tanya soalan, semua mampu aku jawab.

GOOGLE            : Sudahlah! Apa-apa hal, orang akan buka aku dulu. Baru cari engkau. Nak e-mel pun kena cari aku tau…

YAHOO              : Jangan nak perasan sangatlah Google. Kau ingat kau popular sangat ke?

Macam dia sorang yang boleh send  e-mel. Porahhh…

FACEBOOK      : Eleh, si Wikipedia tu, setakat jawab soalan je. Tengok aku, semua orang di dunia

aku boleh kenal tau.

TWITTER          : Ceh, takat si muka buku. Glamor lagi aku. Boleh bertweet tweet…

INSTAGRAM   : Huh, tak leh pakai jugak. Orang lagi suka guna aku nak upload gambar.

Perasan lebih la korang.

MOZILA             : Dah! Dah! Jangan nak berlagak sangat. Kalau aku takde, susah la orang nak guna korang semua.

EXPLORER       : Ek eleh, si Mozila ni. Macam dia sorang je yang wujud.

Ingat orang hadap sangat dengan dia. Huh!

INTERNET        : Propa la korang semua ni. Kalau aku takde, korang semua tak leh pakai tau. Ingat sikit tu!

FACEBOOK       : Lantak korang la. Yang penting aku tetap maintain ranking paling atas. Ha ha ha…

YAHOO              : Poyo la kau Facebook. Kau ingat kalau orang tak buat e-mel boleh link ngan kau ke?

GOOGLE            : Eh, Yahoo sorang je ke yang boleh buat e-mel? Huh, perasan la sangat!

INTERNET        : E-mel tak e-mel, kalau aku takde, korang semua pun tak bernyawa.

                                  So, aku paling berkuasa tau!

LAPTOP             : Hoi Internet. Kau ingat kalau aku takde, kau boleh ada ke?

HANDPHONE : Eh Laptop, ingat sikit kat aku tau. Zaman sekarang wajib ada aku nak on Internet.

Kau tu besar, payah nak bawa ke sana sini. Jangan berlagaklah.

BILL GATES     : Korang semua boleh diam tak? Kalau bukan kerana pencetus idea dari otak aku ni,

korang semua takkan wujudlah.

TUHAN              : Baik kau diam Bill Gates. Kalau aku tak ciptakan kau, tak ada makna korang semua akan rasa apa yang ada hari ni. Memang tak reti bersyukurlah korang ni!